Isnin, 20 Jun 2011

Jadual dan Makluman Kelas Bimbingan Khat

Hari/Masa: SABTU (3.00 PTG-5.30PTG)

Tarikh & Aktiviti

25hb Jun 2011 -Pengenalan Khat dan alat tulis
9hb Julai 2011 - Khat Nasakh
23hb Julai 2011 -Khat Nasakh
24hb September 2011 -Khat Nasakh
30hb September 2011 -Khat Riq’ah
15hb Oktober 2011 -Khat Riq’ah
29hb Oktober 2011 -Khat Thuluth
5hb November 2011 -Khat Thuluth
19hb November 2011 -Khat Thuluth

1. Yuran RM 20 untuk 2 kali sebulan, bayaran sewaktu pendaftaran pada 25 JUN 2011 (Kelas Pertama) ialah RM 30 untuk bulan JUN dan JULAI.- Rujuk jadual di atas.2. Tempat pendaftaran: Pintu utama Dewan Sekolah Kebangsaan Arau.
3. Masa: Sabtu ( 3.00 petang )
4. Sesiapa yang berminat menyertai kelas ini boleh hubungi Ustaz Khalid, 013-4825481.
5. Sila bawa sendiri alat tulis, pensil atau pen kaligrafi bermata 2mm atau 3mm dan alatan yang difikirkan perlu.
6. Pihak penganjur hanya menyediakan Hand Out sahaja.

Rabu, 6 April 2011

Gambar Kelab Tulisan Jawi, Khat dan Bahasa Arab

Barisan Hadapan; Dari kiri Afishah,Nur Najwa, Ustzh. Norliza, Ustazah Ku Najhan, Najihah, Nur Syifa'a. Barisan Tengah: Dari kiri Nur Anis Najiha, Nur Ain, NurDiana Syakirin, Nur Adilah, Anis Syabila. Belakang: Ustaz Khalid. Tiada dalam gambar: Ustazah Zamzila.

Ahad, 24 Oktober 2010

Pentomen Islam Hari Anugerah Kecemerlangan SKA 2010

Atas kesedaran dan rasa tangungjawab untuk menyampaikan dakwah serta menjadikan majlis yang baik ini dari dicemari dengan persembahan yang jauh dari nilai moral dan mesej yang berguna,apatah lagi dalam usaha mengangkat paradigma masyarakat ke arah "First Class Paragdime" maka pihak Kelab Tulisan Jawi, Khat dan Bahasa Arab telah mengorak langkah untuk mementaskan pentomen Islam yang bertajuk SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU sebagai satu inisiatif bagi memeriahkan lagi Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini.

Mudah-mudahan usaha ini mendapat berkat serta rahmat daripada Allah, seterusnya dapat merubah sikap "Jumud" yang selama ini menjadi tradisi dalam majlis begini.

Isnin, 26 April 2010

Introduksi


Kelab tulisan Jawi, Khat & Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Arau merupakan gabungan Kelab Jawi dan Khat bersama Persatuan Bahasa Arab seperti yang dianjurkan oleh pengurusan j-QAF. Oleh kerana kekurangan murid dalam persatuan ini maka Unit j-QAF sekolah ini mengambil pendekatan menggabungkan dua organisasi ini menjadi satu.

Kelab ini mula ditubuhkan di sekolah ini bermula pada tahun 2009, dengan keahlian seramai 6 orang sahaja yang terdiri dari murid tahun 4 kerana j-qaf tahun tersebut hanya sehingga tahun 4.

Tahun pertama merupakan tempoh kelab ini mencari identiti, disebabkan kekeliruan antara kewujudan Persatuan Agama Islam dan kelab ini, bahkan keahlian kelab ini pada tahun tersebut hanya terdiri daripada murid perempuan belaka.

Namun menjelang tahun 2010 ini Keleb Tulisan Jawi, Khat & Bahasa Arab telah mengorak langkah dengan proaktif hasil dari muhasabah yang telah dilakukan daripada aktiviti-aktiviti dan kelemahan pada tahun lepas.

PENTOMEN ISLAM BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKA ARAU

PENTOMEN ISLAM BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKA ARAU