Ahad, 24 Oktober 2010

Pentomen Islam Hari Anugerah Kecemerlangan SKA 2010

Atas kesedaran dan rasa tangungjawab untuk menyampaikan dakwah serta menjadikan majlis yang baik ini dari dicemari dengan persembahan yang jauh dari nilai moral dan mesej yang berguna,apatah lagi dalam usaha mengangkat paradigma masyarakat ke arah "First Class Paragdime" maka pihak Kelab Tulisan Jawi, Khat dan Bahasa Arab telah mengorak langkah untuk mementaskan pentomen Islam yang bertajuk SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU sebagai satu inisiatif bagi memeriahkan lagi Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini.

Mudah-mudahan usaha ini mendapat berkat serta rahmat daripada Allah, seterusnya dapat merubah sikap "Jumud" yang selama ini menjadi tradisi dalam majlis begini.

Isnin, 26 April 2010

Introduksi


Kelab tulisan Jawi, Khat & Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Arau merupakan gabungan Kelab Jawi dan Khat bersama Persatuan Bahasa Arab seperti yang dianjurkan oleh pengurusan j-QAF. Oleh kerana kekurangan murid dalam persatuan ini maka Unit j-QAF sekolah ini mengambil pendekatan menggabungkan dua organisasi ini menjadi satu.

Kelab ini mula ditubuhkan di sekolah ini bermula pada tahun 2009, dengan keahlian seramai 6 orang sahaja yang terdiri dari murid tahun 4 kerana j-qaf tahun tersebut hanya sehingga tahun 4.

Tahun pertama merupakan tempoh kelab ini mencari identiti, disebabkan kekeliruan antara kewujudan Persatuan Agama Islam dan kelab ini, bahkan keahlian kelab ini pada tahun tersebut hanya terdiri daripada murid perempuan belaka.

Namun menjelang tahun 2010 ini Keleb Tulisan Jawi, Khat & Bahasa Arab telah mengorak langkah dengan proaktif hasil dari muhasabah yang telah dilakukan daripada aktiviti-aktiviti dan kelemahan pada tahun lepas.

PENTOMEN ISLAM BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKA ARAU

PENTOMEN ISLAM BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKA ARAU