Isnin, 26 April 2010

Introduksi


Kelab tulisan Jawi, Khat & Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Arau merupakan gabungan Kelab Jawi dan Khat bersama Persatuan Bahasa Arab seperti yang dianjurkan oleh pengurusan j-QAF. Oleh kerana kekurangan murid dalam persatuan ini maka Unit j-QAF sekolah ini mengambil pendekatan menggabungkan dua organisasi ini menjadi satu.

Kelab ini mula ditubuhkan di sekolah ini bermula pada tahun 2009, dengan keahlian seramai 6 orang sahaja yang terdiri dari murid tahun 4 kerana j-qaf tahun tersebut hanya sehingga tahun 4.

Tahun pertama merupakan tempoh kelab ini mencari identiti, disebabkan kekeliruan antara kewujudan Persatuan Agama Islam dan kelab ini, bahkan keahlian kelab ini pada tahun tersebut hanya terdiri daripada murid perempuan belaka.

Namun menjelang tahun 2010 ini Keleb Tulisan Jawi, Khat & Bahasa Arab telah mengorak langkah dengan proaktif hasil dari muhasabah yang telah dilakukan daripada aktiviti-aktiviti dan kelemahan pada tahun lepas.

1 ulasan:

  1. salams ziarah

    Tahniah di atas penubuhan Kelab Jawi,Khat dan Bahasa Arab...Bolehla kita BERKONGSI ideas dan INFO ya ustaz!Tahniah & Alhamdulillh

    BalasPadam

PENTOMEN ISLAM BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKA ARAU

PENTOMEN ISLAM BERSEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKA ARAU